
Profil Yayasan
Yayasan Pembangunan Sosial dan Pendidikan Malaysia merupakan sebuah organisasi yang komited dalam memperkasa pembangunan sosial dan pendidikan di Malaysia. Yayasan ini berfungsi sebagai platform sokongan kepada masyarakat yang memerlukan.
​
Penubuhan Yayasan ini bertujuan untuk menyediakan bantuan, galakan dan peluang pembangunan kepada golongan yang kurang berkemampuan tetapi mempunyai potensi untuk maju. Fokus utama kami adalah memastikan akses yang lebih adil kepada pendidikan serta program pembangunan sosial yang mampu mengubah kehidupan.
​
Pihak Yayasan telah melantik Padu Tech sebagai rakan kolaborasi tunggal dalam menjalankan segala aktivit berkaitan dengan penawaran bantuan pendidikan, hebahan kepada masyarakat, komuniti dan pengurusan pelajar yang terpilih.
​
Pihak Yayasan telah melantik Usaha Taqwa Solution untuk menjalankan pelbagai seminar subjek SPM bagi tahun 2026 di seluruh Malaysia.
Visi
Menjadi yayasan peneraju dalam memperkasa generasi muda melalui akses pendidikan yang adil, inklusif dan berterusan demi melahirkan masyarakat berilmu, berdaya saing dan berakhlak.
Misi
-
Menyediakan bantuan kewangan dan sokongan pendidikan kepada pelajar yang memerlukan, khususnya lepasan sekolah, agar mereka berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
-
Menghapuskan halangan kewangan dalam pendidikan supaya setiap pelajar berpotensi dapat meneruskan impian tanpa kekangan.
-
Memupuk potensi, keyakinan dan hala tuju masa depan pelajar melalui bimbingan, pendedahan dan pembangunan sahsiah.
-
Menjalin kerjasama strategik bersama institusi pendidikan dan rakan kolaborasi bagi memperluas peluang serta impak bantuan.
-
Mengurus dan menyalurkan bantuan dengan penuh integriti, ketelusan dan amanah demi memastikan kepercayaan penyumbang dan penerima sentiasa terpelihara.
.png)
